Pandan Resort Muar
  • Home
  • Kenali Pandan Resort
  • Tempahan
  • Kemudahan
  • GALERI
    • MUAR - BANDAR DIRAJA
Picture
free counters
Free counters

Homestay Pandan Resort Muar

Untuk pertanyaan dan tempahan, tel:

019-2716299 ( Yusof )
019-6262683 (Pn.Rahimah)


Lokasi:
Kilometer 9 (Batu 5 1/2) , Jalan Bakri, Muar, Johor.



Perhatian:
Tetamu homestay dari utara/Kuala Lumpur dan selatan tidak perlu melalui pusat bandar Muar untuk sampai ke homestay Pandan Resort ini.

Kadar bayaran satu malam ialah  :
RM160.00 ( 2 bilik tidur biasa aircond, ruang tamu besar, 2 bilik air, 1 set tv)
RM 200.00 ( 2 bilik tidur besar aircond, ruang tamu besar, 2 bilik air, 2 set tv)
RM100.00 ( 1 bilik tidur aircond, ruang tamu, 1 bilik air, 1 set tv)




Kemudahan yang disediakan:
  • bilik tidur berhawa dingin (air-cond)
  • bilik air 
  • Set televisyen
  • ruang dapur
  • peti sejuk
  • sterika (iron)
  • 1 set pinggan, mangkuk, jug air, cawan disediakan,
  • sejadah
  • ruang tamu dan dinning hall 
  • parking yang luas.
  • Minum air kelapa muda dengan cara petik sendiri buah kelapa.

Masa masuk(check in) : 2.00 ptg (p.m)
Masa keluar (check out) : 12.00 tengah hari.




Institusi yang berdekatan:

1. Maktab Teknik Polis, Pulapol, PGA Bakri 1km

2. Klinik Kesihatan Bakri  1 km
2. MRSM Bakri, Muar 1km
3. Kolej Kejururawatan 6 km
4. Kem Denai Alam, Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor bersebelahan Sek.Keb Bukit Batu, Bakri, Muar  3 km


Tempat rekreasi yang hampir dengan homestay ini:

1. Pusat bowling Muar 1.5 km
2. Tanjung Emas Muar (muara sungai Muar) 9 km

Picture
Picture
Picture
Picture

Homestay 2 bilik

Picture
Bahagian hadapan homestay
Homestay ini mengandungi 2 bilik biasa aircond, ruang tamu, ruang makan, 2 bilik air.

Bilik tidur

Picture
Antara bilik tidur yang disediakan berhawa dingin.

Picture
Picture

Pandan resort, Muar, Johor.

Jika anda ingin menginap dan bercuti dalam suasana kampung yang permai di Muar, Johor,  Pandan resort adalah pilihan yang tepat dan sesuai. Lokasinya di km 9 (Batu 5 1/2) dari arah bandar Muar ke pekan Bakri lebih kurang 1 km. Berhampiran dengan institusi PDRM(Polis Diraja Malaysia)  dan MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) . PDRM Bakri meliputi Pulapol, Maktab Teknik, PGA (Pasukan Gerak Am). Pandan Resort menyediakan homestay pada masa ini.


 UNTUK SAMPAI KE HOMESTAY PANDAN RESORT

Bagi pengguna GPS minta search Homestay Pandan Resort Muar.

Jika anda datang dari arah utara atau Kuala Lumpur melalui lebuh raya Utara Selatan, dicadangkan keluar di Plaza Tol Tangkak dan memandu ke arah Muar. Teruskan 12 km. Lalui jambatan kedua di kawasan parit Bunga iaitu selepas Sekolah Kebangsaan Parit Bunga. Ikut papan tanda Yong Peng, Batu Pahat, Johor Bahru.Jangan ikut papan tanda Pusat Bandar. Tidak perlu melalui bandar Muar yang sesak. Anda akan lalui 8 trafik light sepanjang jalan Muar by-pass(jalan pintasan Muar). Pada trafik ke-8, belok ke kiri Jalan Bakri. Lalu 2 trafik light lagi. Selepas jejantas di hadapan masjid/Sek Kebangsaan Batu 5 Bakri, kira-kira  500 meter masuk ke kanan iaituTaman Medan(taman perumahan pertama sebelah kanan selepas jejantas). Sebelah taman ini terdapat surau al-Hadi. Jika anda jumpa stesen minyak Petronas dan kawasan kubur Islam , bermakna anda sudah terlepas Taman Medan dan perlu buat 'u turn' lebih kurang 100 meter belok ke kiri, masuk Taman Medan hingga jalan penghujung (Jalan 6) masuk ke kanan. Teruskan 50m lagi, homestay ini di sebelah kiri, rumah ke-3. Ikut papan tanda Homestay Pandan Resort,  anda akan sampai ke homestay ini.

Jika anda dari selatan, keluar di plaza Tol Yong Peng (utara) dan mengambil arah ke Muar. Sebagai panduan, lalui pekan Bakri dan  100 m selepas stesen minyak Petronas   di sebelah kira anda belok ke Taman Medan.Ikut papan tanda homestay pandan Resort 500 m sahaja.

Bagi ahli keluarga yang mahu mengunjungi PDRM dan MRSM boleh menginap di Pandan resort ini. Sesuai untuk penginapan berkeluarga untuk bercuti menikmati suasana kampung, menginap secara kumpulan untuk menghadiri sesuatu majlis seperti majlis  perkahwinan. Anda juga boleh adakan hari keluarga, adakan barbeku(barbeque) dan sebagainya.
     

Tempat lain yang menarik di Muar:
1.
Bandar Diraja Muar
2. Tanjung Emas di bandar Muar
3. Industri Kampung membuat dan menjual kuih tradisional
4. Pantai Leka Parit Jawa. Boleh menikmati asam pedas ikan segar Parit Jawa.
5. Air Panas di Kg.Sg.Resik Muar
6. Kraf tangan di Kg.Parit Yusof
7. Medan Ikan Bakar Sabak Awor
8. Muzium Sejarah Bukit Kepong
9. Makam Sultan Alauddin Riayat Shah, Pagoh.

Muar Bandar Diraja

Picture
Bulatan di Jalan Sulaiman, Muar

Industri kampung membuat kuih tradisional

Picture
Kilang membuat dan menjual kuih tradisional
Membuat dan menjual kuih tradisional di Kampung Parit Punggur Darat, Jalan Seri Tanjung, Bakri, Muar. Jarak dengan homestay Pandan Resort 5 km.
Antara kuih yang dijual ialah bederam, karas, santan jejari lada, kerepek.

Create a free website with Weebly